5 Langkah Ubah Hidup Jadi Lebih Kaya, Produktif dan Positif

Bayangkan setelah habis membaca artikel ini hidup Anda akan jauh lebih kaya, produktif dan positif.

Perubahan ini dimulai dari fikiran kita.

Sebelum mula, saya harap Anda betul-betul ambil satu komitmen untuk mahu berubah. Dimana ada kemahuan di situ pasti ada jalan.

Ingat ketika Anda berubah orang-orang yang Anda sayangi juga akan turut merasakan kesan dari perubahan Anda.

Tanpa berlama-lama ini dia 5 langkah ubah hidup:

Latih otak untuk tidak menyerah

Kebanyakan orang lebih banyak melatih fikiran mereka untuk menyerah daripada cuba untuk melatih fikiran supaya tetap maju.

Ya, Anda tidak salah baca.

Ini masalahnya kenapa banyak orang yang ingin perubahan dalam hidupnya tapi tidak pernah terjadi apa-apa. Disebabkan seseorang itu terlalu sering melatih otaknya untuk menyerah.

Saya percaya orang yang berjaya itu ada pola yang ia ikuti.

Begitu juga dengan orang yang gagal juga ada pola seperti malas, tidak disiplin dan selalu negatif.

Itu sebabnya, mulai hari ini latih fikiran Anda untuk tidak menyerah.

Latih kebiasaan baik setiap hari

Kebiasaan itu juga boleh dilatih.

Tapi untuk melatihnya di awal akan terasa sangat susah. Ini yang menyebabkan banyak orang tidak dapat bertahan. Proses di awal yang sangat mencabar.

Jadi bagaimana cara untuk kita mulai melatih kebiasaan yang baik?

Buat satu challenge dalam waktu 30 hari.

Cabar diri kita sendiri.

Contoh dari kebiasaan yang baik setiap hari seperti:

  • Berdoa pagi sebelum melakukan apa-apa
  • Bangun pagi lipat selimut susun tempat tidur
  • Menyapa dengan mesra kepada anggota keluarga
  • Menyapa dengan mesra kepada orang di tempat kerja
  • Setelah pulang dari kerja beri waktu bermain bersama dengan anak
  • Sebelum tidur berdoa

Lakukan ini selama 30 hari pertama. Tanpa disedari di hari ke 31 saya yakin tanpa sedar Anda pasti sudah terbiasa melakukannya.

Jangan bergabung dengan orang yang negatif

Kita mengasihi semua orang, tapi berkawan dengan orang yang memiliki fikiran yang negatif boleh membawa kesan yang buruk kepada kita tanpa kita sedari.

Itu sebabnya, jika Anda ingin hidup Anda berubah Anda harus berani untuk tidak bergabung dengan orang-orang ini.

Sebaliknya bergabunglah dengan orang-orang yang Anda kenal memiliki fikiran yang positif dan kalau boleh seseorang yang memiliki pengetahuan dan wawasan yang luas.

Terus belajar

Kekayaan yang tidak boleh diambil dari kita adalah ilmu pengetahuan.

Itu adalah nasihat ibu saya kepada kami.

Jangan pernah berhenti untuk belajar.

Jika Anda ingin memiliki pendapatan RM100,000 perbulan Anda harus belajar bagaimana cara untuk mencapai itu.

Jangan berkira untuk membeli panduan-panduan yang ada untuk diri Anda baik itu buku, produk digital ataupun coaching.

Belajar menjual produk digital

Dengan keadaan yang terjadi sekarang semuanya serba tidak tentu.

Kita tidak pernah tahu apa yang akan terjadi di tahun depan, dua tahun depan.

Itu sebabnya, adalah sangat baik jika kita mulai berfikir untuk mencari sumber pendapatan sampingan.

Salah satunya adalah dengan menjual produk digital.

Baca Juga: Apa itu Produk Digital

Kita hanya buat sekali dan boleh dijual berkali-kali.

Tonton webinar digital lifestyle business blueprint di sini untuk belajar bagaimana cara untuk menjana pendapatan dengan menjual produk digital.

Akhir kata, kalau saya boleh berubah, jika ribuan orang di luar sana boleh berubah saya percaya Anda juga boleh berubah.

Menurut Anda mana satu yang tips di atas yang paling Anda perlukan saat ini?

Komen di bawah.

Leave a Comment