4 Tips Buat Bisnes Online TANPA Keluar Banyak Duit Di Awal

Sebuah bisnes yang berjaya itu mempunyai pola yang boleh kita pelajari.

Pada post kali ini saya ingin berkongsi kepada Anda 4 tips buat bisnes online tanpa keluar banyak duit di awal.

4 Tips Buat Bisnes Online

1.Kajian Pasaran

Sebelum memulakan sebarang bisnes pastikan Anda melakukan kajian pasaran. Ini bertujuan untuk memastikan produk atau perkhidmatan yang kita jual itu mempunyai permintaan.

Cara mudahnya adalah dengan menggunakan Google Trends.

Langkah-langkahnya adalah:

  • Masuk ke Google Trend dan cari keyword dari produk atau servis Anda
  • Set ke Past 30 days dan baca graf
  • Untuk keyword basikal ada 71, ertinya ada demand ada orang yang cari basikal
  • Lakukan hal yang sama dengan barang yang ingin Anda jual

Selain daripada itu lakukan kajian pasaran dengan menggunakan software Ecom diver.

Dengan software ini Anda boleh search product dan melihat data berapa penjualan, harga dan info lainnya yang akan menolong Anda untuk memastikan produk tersebut mempunyai penjualan.

Selain daripada itu, saya selalu menghubungi orang yang sesuai dengan target market saya dan terus bertanya kepada mereka.

Tanya apa yang menjadi masalah mereka. Tanya juga harapan mereka. Apa yang mereka inginkan untuk menyelesaikan masalah mereka itu.

Sebagai contoh, untuk target market saya yang fokus dalam menjual produk digital. Saya akan bertanya:

  • Apa masalah En. dalam menjual produk digital?
  • Berapa target pendapatan En.?
  • Jika ada solution X apakah En. berminat untuk dapatkan?

Sesuaikan soalan dengan target market Anda.

2.Buat Customer Avatar

Anda harus menentukan siapa target pembeli dari sejak awal. Ini adalah hal yang tidak boleh Anda lewatkan. Jangan pernah berfikir produk Anda itu untuk semua orang. Pastikan Anda menentukan siapa target pembeli Anda sejak dari awal.

Sebagai contoh saya menjual produk digital yang mengajar orang bagaimana cara untuk memulakan bisnes online dengan menjual produk digital.

Jadi customer avatar saya adalah:

  • Lelaki
  • Berumur 28-35 tahun
  • Bekerja sebagai kakitangan kerajaan
  • Tinggal di bandar-bandar besar
  • Like fanpage-fanpage bisnes dalam dan luar negara
  • Suka travelling
  • Masalah: Ingin mencari pendapatan sampingan sebagai tambahan

Buatlah target prospek Anda sejak awal sebelum membuat produk. Ini akan menjimatkan banyak dari waktu Anda.

3.Bina Aset

Aset yang saya maksudkan di sini adalah website dan semua media sosial yang ada.

Tujuannya adalah untuk membina profile diri atau jenama dari syarikat Anda.

No excuse.

Anda harus bina website official bagi diri atau jenama Anda.

(beli domain dan hosting di sini)

Di website Anda harus setting themes dan design dengan baik.

Baca Juga: 3 Sebab Kenapa Anda Harus Punya Website

Gunakan themes yang professional jangan yang terlalu banyak benda dekat sidebar.

Buat page tentang diri Anda, itu adalah peluang Anda untuk membina trust dan relation dengan bakal pembeli dari produk Anda.

Untuk media sosial buat waktu ini gunakan Facebook profile/page, Instagram (business), Tik Tok, You Tube (wajip), Twitter dan yang lainnya.

Ini sangat penting. Buat content di sosial media dan website Anda dengan baik. Jangan buat konten rambo semua campur. Be specific, then customer will find you.

Jika memerlukan penulis artikel, upah orang yang betul-betul berkemampuan jangan sembarangan.

4.Lakukan List Building

Buat list building sekarang.

Mulailah untuk kumpul database emel.

Sekarang bukan tunggu semuanya sudah jadi.

Buat satu halaman squeeze page untuk Anda bagikan kepada calon buyer Anda sebanyak-banyaknya.

Tawarkan free gift kepada mereka sebagai ganti mereka akan memberikan nama dan emel mereka.

Iklankan squeeze page Anda secara perlahan-lahan dengan medium-medium pengiklanan yang ada. Tengok hasil macam mana apakah perlu diteruskan atau tidak.

Untuk Autoresponder saya selalu menyarankan Kirim.Email.

Kenapa?

Autoresponder ini dimiliki oleh sahabat saya, Mas Fikry. Layanan autoresponder ini berbahasa Indonesia. Jadi sangat mudah untuk digunakan.

Untuk harga juga sangat bersahabat berbanding dengan autoresponder di luar negara.

Tulislah emel follow up dengan baik. Jangan hanya menjual dan menjual. Tapi beri value.

 

Kesimpulan

Selalu saya ucapkan, jika Anda ingin berjaya dalam bisnes Anda harus take action sekarang. Anda akan berterima kasih kepada saya jika Anda mulai sekarang bukan nanti.

Menurut Anda mana satu point yang paling penting dalam bisnes? Komen di bawah.

Leave a Comment