Penyebab dan Cara Mengatasi Bingung untuk Mulakan Bisnes Produk Digital

Di satu titik dalam perjalanan seseorang usahawan pasti pernah mengalami titik bingung.

 

Itu adalah sesuatu yang normal dan pasti ada jalan keluarnya.

Apa sebenarnya penyebab dari bingung dari sisi seorang pemula dalam bisnes?

Penyebabnya ada banyak antaranya adalah peribadi yang ragu pada kemampuan diri, takut gagal, terlalu banyak menerima informasi dan banyak faktor lainnya.

Lalu bagaimana cara mengatasi supaya kita tidak bingung?

Pertama, Anda harus faham bahawa untuk berjaya kita harus dan pasti akan menempuh kegagalan. Bagi saya kegagalan itu adalah bahagian dari kejayaan.

Untuk menaiki dan tiba di tangga kejayaan harus melewati tangga kegagalan. Jadi, jangan takut untuk gagal. Gagal itu normal ketika kita sedang belajar.

Anak bayi yang sedang belajar untuk berdiri dan berjalan memerlukan latihan berulang-ulang kali.

Begitu juga dengan Anda.

Jangan hanya baru gagal sekali, Anda sudah menyerah. Ketahuilah bahawa ada orang di luar sana yang gagal lebih seribu kali tapi masih saja berusaha dan akhirnya menemukan kejayaan.

Jangan ragu untuk menempuh proses hidup.

Kedua, miliki seorang mentor.

Anda harus berguru dengan mentor yang berpengalaman dalam bidang bisnes.

Baca Disini: Cara memilih mentor

Kebaikannya jika mengikuti seorang mentor adalah:

  • Anda akan dibimbing step by step supaya tidak bingung
  • Boleh bertanya
  • Boleh minta the best practice

Ketiga, fokus dalam satu topik bisnes.

Sebagai contoh Anda ingin mendalami tentang bisnes produk digital.

Pelajari ilmu tentang ini sahaja jangan cuba untuk menguasai semua. Itu yang kadang menyebabkan bingung.

Belajar satu per satu. Bukan seberapa banyak Anda tahu yang penting tapi seberapa besar pendapatan yang boleh Anda dapatkan ketika mempraktikkan satu bisnes sampai berjaya.

Menurut Anda mana satu poin yang paling penting supaya tidak bingung? Komen di bawah.

Leave a Comment