Berapa Modal dan Apa Yang Diperlukan Untuk Mula Bisnes Menjual Produk Digital

Semua bisnes perlu modal. Baik itu dari sisi wang, masa dan tenaga.

Jika Anda sedang membaca artikel ini ertinya Anda sedang berfikir berapa modal yang perlu kita siapkan untuk mula menjual produk digital.

Notes: Artikel ini adalah berdasarkan pengalaman saya.

Berikut adalah apa yang Anda perlukan untuk memulai bisnes menjual produk digital:

1.Domain

Domain itu umpama nama Anda atau jenama di internet.

Harga domain itu berbeza-beza mengikut provider, kisaran dalam RM50-RM70 pertahun.

Sebagai contoh domain nama website ini adalah nama peribadi saya. Untuk itu pemilihan nama domain sangat penting di awal ketika Anda baru bermula.

Untuk pemilihan domain Anda boleh sesuaikan dengan tujuan dari website Anda. Jika Anda seperti saya ingin menawarkan produk atau servis Anda boleh menggunakan nama peribadi.

Sekiranya Anda ingin menjual atas nama jenama maka gunakan nama domain yang sesuaikan dengan jenama Anda.

Dapatkan nama domain Anda di sini.

2.Hosting

Domain itu pula umpama rumah Anda di internet.

Jadi untuk berniaga secara online Anda perlu menyewa rumah dan nama.

Rumah itu adalah hosting.

Nama itu adalah domain.

Harga untuk domain berbeza-beza mengikuti provider, sekitar RM120-RM200 per tahun.

Ketika Anda sudah membeli domain dan hosting barulah boleh daftarkan wordpress sebagai website Anda.

Dapatkan domain percuma + hanya bayar hosting di sini.

3.Autoresponder

Autoresponder adalah sebuah software di internet yang berfungsi untuk menyimpan emel dan mengirimkan emel secara tersistem oleh si pemilik bisnes.

Untuk Autoresponder sendiri saya menggunakan Kirim.Email. Kos bayaran perbulan sangat murah di dalam RM30-RM50 sahaja.

Kebaikan dari autoresponder ini adalah:

  • berbahasa Indonesia
  • Respon customer servis yang sangat cepat
  • Kos bulanan yang sangat murah

4.Modal Iklan

Untuk mengiklankan produk digital saya menggunakan Facebook Ads(berbayar).

Saya menyiapkan dalam RM600 setiap bulan untuk beriklan.

Bajet beriklan ini adalah disesuaikan dengan kemampuan Anda.

Untuk awal-awal boleh mulai dengan bajet kecil dahulu.

Jadi berdasarkan pembahasan di atas jika saya kira semuanya di dalam RM750 untuk memulakan bisnes menjual produk digital di internet.

Jumlah ini hanya berdasarkan perkiraan kasar sahaja.

Semoga artikel ini boleh memberikan manfaat kepada Anda.

Leave a Comment