6 Langkah Membina Personal Brand yang Eye Catching di Mata Pelanggan

Apakah Anda pernah mendengar tentang istilah personal brand? Bagi Anda yang pertama kali mendengar istilah ini, personal brand adalah sebuah gambar diri atau imej Anda (peribadi atau syarikat) di mata pelanggan.

Sebagai contoh, jika kita menyebut Alibaba maka yang akan dikenal adalah Jack Ma. Orang yang memiliki personal brand yang kuat dipercayai oleh pelanggan. Pada post kali ini, saya akan kongsikan kepada Anda 6 langkah membina personal brand yang menarik di mata bakal pelanggan Anda.

1. Buat Kajian Dari Pesaing

Buat kajian daripada pesaing Anda di Google. Kaji kekuatan dan kelemahan mereka. Jika Anda sudah mendapatkan data yang cukup, buat satu ciri khas personal brand Anda sendiri yang menutupi kelemahan-kelemahan dari pesaing Anda. (dalam hal yang positif tentunya)

2. Tetapkan Statement Of Value

Statement Of Value

Ini sangat penting. Bagi orang alasan untuk follow Anda. Untuk saya secara peribadi SOV yang saya pegang adalah untuk menginspirasi 1,000 orang usahawan dan membantu mereka membina perniagaan dalam talian yang stabil dan bertahan untuk jangka panjang.

3. Tulis Biografi Anda Yang Jelas & Menarik

biografi

Untuk lebih mudah sila baca contohnya di sini. Sampaikan latar belakang Anda dalam bentuk sebuah cerita sehingga menarik minat pembaca untuk membaca kisah Anda. Tujuannya adalah untuk memperkenalkankan diri Anda dan membangun kepercayaan pembaca.

4. Laburkan Wang Untuk Dapatkan Gambar Yang Baik

gambar-yang-menarik

Jangan skip perkara ini. Pastikan Anda menggunakan gambar yang terang tidak kabur. Fikirkan untuk jangka panjang. Ingat tujuannya adalah untuk membina kepercayaan.

5. Buat Logo yang Jelas dan Menarik

Jika Anda menggunakan wajah Anda sebagai logo pastikan gambar tersebut mempunyai kualiti yang jelas. Upah designer atau freelancer untuk dapatkan logo yang baik.

6. Bina Website yang Baik & Tersusun

Tolong jangan skip perkara ini. Ini adalah aset Anda. Luangkan waktu untuk bina website Anda dengan baik. Jika Anda masih baru sila upah para designer untuk melakukan hal ini bagi Anda. Website menunjukkan siapa Anda di internet.

Saya menggunakan Elementor untuk membina halaman homepage website saya. Ini adalah plug-in khas untuk WordPress. Cara penggunaannya cukup mudah hanya Drag and Drop.

Personal brand sangat penting. Laburkan wang untuk bina personal brand Anda sendiri. Ingat kepercayaan itu menghasilkan peluang, peluang menghasilkan pendapatan. SHARE artikel ini jika bermanfaat.

Leave a Comment