[Tips] 3 Langkah Membina Personal Brand yang Berkesan

Personal brand adalah siapa identiti Anda di mata pelanggan.

Dalam konteks dunia online, personal brand adalah siapa Anda di internet.

Personal brand sangat penting dalam sebuah bisnes. Dengan personal brand inilah yang membezakan Anda dengan pesaing-pesaing yang ada di pasaran.

Itu sebabnya mulai dari sekarang Anda harus mulai berfikir untuk bina personal yang baik.

Berikut 3 langkah membina personal brand yang berkesan.

Buat visi yang jelas dan masuk akal

Bagi saya, visi itu adalah apa yang ingin kita capai jauh 5 tahun – 10 tahun ke depan.

Anda harus menetapkan visi yang jelas bagi bisnes Anda.

Visi peribadi saya adalah:

Saya ingin menginspirasi dan membantu 1,000 orang usahawan di Malaysia dalam membina bisnes online yang berjaya dengan menjual produk digital.

Buat visi Anda dengan jelas supaya ketika orang baca, mereka tahu value yang akan Anda bagikan kepada mereka sehingga ini akan menimbulkan kepercayaan.

Kepercayaan menghasilkan peluang.

Peluang menghasilkan pendapatan.

Buat website atas nama peribadi atau bisnes

Bina website (WordPress) personal Anda.

Ini menunjukkan kredibilitas Anda.

Sebagai contoh, website saya yang sedang Anda baca ini adalah contoh website dengan personal brand yang baik.

Warna yang saya gunakan adalah kuning dan hitam.

Tulisan yang saya gunakan hampir semua sama.

Gunakan You Tube dan sosial media

Anda harus menggunakan You Tube dan sosial media seperti Facebook, Instagram dan Tik Tok. Ini adalah yang paling banyak digunakan buat waktu ini.

Kenapa kita harus gunakan semua ini?

Tujuaannya adalah untuk membina profile di internet dan tentunya mencari leads bagi bisnes Anda.

Banyakkan berkongsi dengan memberikan tips-tips seputar dengan topik Anda dalam bentuk video ataupun post.

Jangan lupa gunakan autoresponder untuk mengumpulkan database emel leads dengan squeeze page. Bagikan link squeeze page Anda itu ke semua media sosial yang Anda miliki.

Itulah 3 cara mudah untuk membina personal brand yang berkesan di mata pelanggan.

Menurut Anda mana satu langkah yang paling mudah untuk dilakukan? Komen di bawah.

Leave a Comment