3 Kunci Penting dalam Menjual Produk digital

Setiap bisnes yang berjaya mempunyai track atau jejak yang boleh kita ikuti.

Bagi saya kegagalan itu berpola.

Demikian juga dengan kejayaan. Kita boleh menjimatkan banyak waktu dalam mempelajari kisah kejayaan dari orang lain.

Pada post kali ini saya akan berkongsi tentang 3 kunci penting dalam menjual produk digital.

1.Buat kajian

Ini adalah hal yang sangat penting. Sebelum menghasilkan produk digital buat kajian di internet. Secara peribadi saya akan buat kajian melalui online dan melalui interview dengan beberapa orang.

Datangi beberapa orang di Facebook dan cuba bertanya kepada mereka mengenai masalah yang mereka hadapi. Kumpulkan semua data-data yang ada dan cuba untuk hasilkan sebuah produk yang boleh menyelesaikan masalah orang dalam kalangan market tertentu.

Ingat. Jangan fokus untuk menjual kepada semua orang. Fokus pada satu segmentasi pelanggan sahaja.

Sebagai contoh target market saya adalah seseorang yang berumur dalam 26-40, bekerja di sektor kerajaan, memiliki minat dalam perniagaan online dan memiliki 4 orang anak.

Cuba untuk buat satu profile pelanggan yang targeted.

Ini akan memudahkan Anda dalam penulisan copywriting, iklan dan lain-lain.

2.Buat USP yang berbeza dengan pesaing yang lain

Ketika Anda menghasilkan produk digital buat USP atau kelebihan yang unik.

Sebagai contoh, panduan yang Anda buat akan memudahkan pelanggan untuk terus jual tanpa harus penat-penat fikir pasal iklan.

Sesuaikan dengan produk Anda.

3.Buat pemasaran secara besar-besaran

Pemasaran sangat penting.

Jangan fokus hanya di satu platform sahaja.

Jika memungkinkan gunakan semua platform yang ada untuk menjaring leads. Tapi tentunya harus juga disesuaikan dengan produk Anda.

Jika Anda ingin belajar cara memasarkan produk atau servis Anda secara online secara besar-besaran saya kongsikan caranya di sini.

Digital Lifestyle Business Blueprint

Menurut Anda mana satu kunci yang paling penting dalam bisnes? Komen di bawah.

Leave a Comment