5 Keuntungan Menjual Produk Digital Yang Ramai Tak Sedar

Antara banyak soalan-soalan yang selalu saya dapatkan daripada Facebook adalah, apakah untung kita menjual produk digital? Apa kebaikan produk digital versus produk fizikal? Apakah bisnes ini boleh bertahan untuk jangka masa panjang?

Pada artikel kali ini saya ingin berkongsi dari pengalaman peribadi saya, 5 keuntungan menjual produk digital yang Anda harus tahu.

5 Keuntungan Menjual Produk Digital

Margin Keuntungan Yang Tinggi

Dengan menjual produk digital Anda bebas menentukan harga. Tidak seperti produk-produk fizikal yang harus ikut harga pasaran. Produk yang boleh Anda jual bukan hanya sebatas produk tetapi juga boleh dalam bentuk servis.

Tentunya untuk menjual produk yang berharga tinggi harus disesuaikan dengan teknik marketing yang tepat.

Pasaran Yang Luas

Pasaran untuk produk digital adalah sangat luas, bukan hanya di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Anda hanya perlu mencari masalah dan menyelesaikannya dalam bentuk produk digital.

Banyak orang yang berfikir produk digital itu hanya berkaitan dengan produk-produk buat duit secara online. Padahal produk digital itu sangat luas.

Fikirkan begini, di internet itu ada banyak topik. Sebagai contoh kesihatan, sukan, alam sekitar dan lain-lain. Jadi dalam setiap topik ini Anda boleh hasilkan produk digital yang Anda kuasai dan pasarkan kepada orang-orang yang berminat dengan topik Anda.

Jika Anda memulai dengan strategi yang tepat dan betul di awal Anda boleh dominate dan dalam waktu yang sama menjana pendapatan yang lumayan dari sana.

Tidak Perlu Fikir Stok

Kelemahan dari bisnes dropship adalah stok.

Kalau stok barang habis maka penjualan akan terhenti.

Dengan produk digital Anda hanya perlu buat satu kali dan boleh dijual berkali-kali dengan target market yang sangat luas.

Sistem Penjualan dan Penghantaran Yang Automatik

Dengan setup yang betul, Anda boleh meng-automatikkan proses penjualan sampai kepada penghantaran kepada pembeli. Jadi Anda tidak perlu berjaga depan laptop 24 jam untuk menghantar produk kepada pelanggan.

4 Angka Hanya dengan 1 Produk

Inilah yang paling saya suka dengan produk digital, iaitu dengan strategi yang tepat Anda boleh menjana pendapatan 4 angka bahkan lebih hanya dengan satu produk.

Inilah yang saya kongsikan dalam webinar 4 Figure Formula.

Jangan risau, ianya adalah percuma klik link di sini untuk tonton.

webinar 4 figure formula

 

 

Leave a Comment