3 Sebab Kenapa Anda Harus Punya Website

Website adalah aset Anda di internet. Website adalah siapa Anda di internet. Dengan website Anda dapat membina personal brand yang akan meningkatkan kepercayaan dan tentunya penjualan dari bisnes Anda.

Sayangnya masih ada beberapa usahawan yang masih tidak faham lagi kenapa kita harus mempunyai website.

Kenapa Anda Harus Punya Website

Pada post kali ini saya akan berkongsi kepada Anda 3 sebab kenapa Anda harus punya website.

1.Membina Personal Brand

Dengan memiliki website peribadi atau bisnes Anda akan dikenal sebagai seorang yang nyata di dunia maya. Orang akan lebih mudah untuk percaya dalam berbisnes dengan Anda kerana Anda transparan.

Untuk itu ketika Anda membina website Anda wajip menggunakan gambar muka Anda sendiri. Supaya lebih jelas sila lihat ke homepage Alexander Fererra untuk melihat layout dan design personal brand yang baik. (hanya sebagai contoh)

2.Meninggalkan Kesan Professional

Jika Anda adalah seorang consultant atau coach bisnes ini adalah hal yang sangat penting.

Dengan adanya personal website dengan themes dan design yang simple dan elegant pastinya akan menimbulkan rasa special pada pengunjung sehingga mereka akan lebih mudah untuk percaya kepada kepakaran Anda.

Bagaimana saya tahu?

Saya juga mengalami hal yang sama jika sedang mencari mentor.

Saya pasti akan mencari website official untuk melihat websitenya.

3.Memberikan Sumber Pendapatan Yang Multi

Hanya dengan satu website Anda boleh mendapatkan pendapatan yang sangat besar jika Anda tahu caranya.

Dengan sebuah website Anda akan mampu menjana pendapatan dengan:

  • Memasang iklan Adsense di website
  • Menjual produk digital sendiri
  • Menjual produk orang lain (affiliate)
  • Menjual produk fizikal
  • Membuka perkhidmatan Guest Post yang berbayar
  • Membuka perkhidmatan Solo Ads
  • Membuka perkhidmatan memasang Banner

Dan masih banyak lainnya.

Apa yang paling penting di sini adalah Anda harus mempunyai kepakaran untuk mendatangkan pengunjung ke website Anda.

Bayangkan sahaja jika Anda mengurus 5 sahaja website yang berbeza dan masing-masing website boleh memberikan RM1,000 sahaja dalam sebulan itu sudah RM5,000 sebulan.

Belum lagi jika Anda melakukan scale up.

 

Kesimpulan

Tidak ada saranan lain selain mulailah bina sebuah website bagi Anda atau bisnes Anda kerana ianya memberikan banyak kelebihan bagi Anda. Tidak pernah terlambat untuk memulai sesuatu yang baru.

Apakah website itu penting menurut Anda? Komen di bawah.

 

Leave a Comment