15 Idea Bisnes Dari Rumah yang Cun, Mudah & Menguntungkan

Semenjak pandemik bermula, gaya hidup work from home mulai menjadi satu kebiasaan.

Namun demikian, bagi sebahagian orang yang kehilangan pekerjaan disebabkan pandemik ini mulai mencari idea-idea bisnes dari rumah yang menguntungkan dan mudah untuk dijalankan.

Kita tidak pernah tahu apa yang akan terjadi ke hadapan. Jadi sangat bijak untuk mulai berfikir dan menjalankan beberapa bisnes dari rumah bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan.

Berikut 15 daftar idea bisnes dari rumah yang relatif senang untuk dijalankan:

Jadi You Tuber

Bagi Anda yang membaca panduan ini, tolong mulai buat video secepatnya jika Anda ingin meraih pendapatan dari internet dengan cara yang percuma tidak perlu bayar untuk mula.

Masalah yang sering dihadapi oleh You Tuber pemula adalah tidak ada idea untuk buat konten, tidak ada kamera DSLR, tidak yakin depan kamera dan banyak lagi.

Semua itu hanya alasan.

Tahukah Anda di You Tube ada orang yang mengajar cara masak air, cara masak telur dan yang paling tidak saya sangka adalah orang buat video duduk depan kamera selama 2 jam tidak buat apa-apa.

Dan teka viewnya berapa?

3,9 juta! Saat ini subscriber 49.000 lebih.

Tidak percaya?

Point saya di sini adalah, mulai dari sekeliling Anda untuk buat konten. Jangan jadi orang yang hebat dalam mencari alasan tapi jadilah orang yang hebat mencari jalan keluar.

Saya percaya jika Anda mula dari sekarang untuk buat konten, Anda akan menikmati hasilnya lebih cepat.

Gunakan apa yang ada di tangan. Jangan menunggu sempurna.

Bagaimana jika bingung cara buat thumbnail?

Googling di You Tube cari tutorial cara buat thumbnail.

Semuanya sudah ada tinggal dari kemahuan Anda sahaja sebenarnya. Mulailah sekarang.

Jadi Penulis Artikel

Anda menawarkan servis tulis artikel dan dibayar sekian jumlah wang. Untuk jadi penulis artikel saya sarankan Anda mendaftar di Fiverr dan HireWriters.

Anda dibayar dalam mata wang dollar untuk setiap artikel yang Anda tulis.

Cabarannya adalah Anda harus menguasai bahasa asing dengan sangat baik.

Kabar baiknya adalah, banyak software yang boleh membantu dalam menulis artikel khasnya dalam pembetulan tatabahasa bahasa-bahasa asing seperti Grammarly.

Jadi Life Coach

Life coach itu adalah Anda menggunakan kepakaran dan kelayakan yang Anda miliki untuk menjadi mentor kepada orang lain.

Sebagai contoh untuk saya peribadi saya memiliki life coach dalam area bisnes dan motivasi.

Mereka adalah orang yang pakar di bidangnya dan mempunyai kemampuan untuk membantu orang lain.

Dan biasanya harga untuk membayar servis dari life coach ini sangat mahal disebabkan ianya adalah personal.

Jadi jika Anda mempunyai kelayakan atau kepakaran dalam satu bidang Anda boleh menjadi seorang life coach.

Jadi Instagram Influencer

Menurut MyKamus erti influencer adalah pengaruh. Jadi Instagram influencer adalah orang yang memiliki pengaruh di Instagram. Dalam hal ini, mereka yang mempunyai pengikut yang besar.

Lalu bagaimana cara seorang Instagram influencer mendapatkan pendapatan?

Caranya adalah dengan membuka servis paid to promote. Orang lain membayar anda sejumlah wang untuk Anda mempromosikan produk mereka di akaun Anda.

Harganya berbeza-beza tergantung dari si pemilik akaun. Inilah salah satu cara mendapatkan wang dari Instagram. Selain dari itu Anda juga boleh mempromosikan produk sendiri atau menjadi dropship dari orang lain untuk dapatkan komisyen.

Kuncinya adalah Anda harus mempunyai followers baru membuka servis paid to promote.

Buat servis cuci baju

Jika Anda mempunyai mesin basuh di rumah maka Anda boleh menjalankan bisnes ini.

Anda kena check dengan persekitaran juga seperti apakah ada laundry di tempat terdekat, apakah ramai pesaing dan hal-hal lainnya.

Jangan silap jika Anda tahu cara mempromosikan servis Anda ini kepada kalangan orang yang tepat Anda boleh dapatkan pendapatan yang cukup lumayan.

Buat servis cuci kereta

Ini adalah bisnes yang pasti ada marketnya kerana pasti ada orang yang tidak punya masa untuk mencuci kereta.

Mulai dengan apa yang ada di rumah Anda, tidak perlu menunggu semua peralatan lengkap dulu.

Ingat yang penting adalah ada pendapatan yang masuk.

Buka tuisyen online

Semenjak new normal ini adalah bisnes yang mempunyai permintaan yang meroket. Ini adalah peluang yang harus Anda ambil jika Anda mempunyai kelayakan dalam mengajar.

Kebaikan dengan tuisyen online ini adalah dapat menjangkau pelajar-pelajar dalam dan luar negeri.

Jika Anda ingin segera mencari pelajar bagi kelas tuisyen online jalankan iklan Facebook Ads atau Google Ads. Dengan cara dalam waktu kurang dari 24 jam pun sebenarnya Anda sudah boleh mendapatkan klien.

Baca Juga: Cara Mulakan Bisnes Online Kurang dari 24 Jam

Jadi affiliate marketer

Affiliate marketer adalah seseorang yang mempromosikan produk orang lain dan jika terjadi penjualan mereka akan mendapatkan komisyen.

Daftar di sini untuk menjadi ejen affiliate produk digital:

  • Klikjer
  • Jvwarrior
  • Clickbank
  • Jvzoo
  • Shareasale

Jadi dropshipper

Sebagai dropshipper Anda menaikkan harga barang sebagai keuntungan.

Sebelum menjual buat kajian produk, pastikan barang yang Anda jual itu ada permintaan.

Tugas Anda sangat mudah, lakukan kajian produk, pilih dan promosi.

Untuk cara promosi Anda boleh menggunakan cara percuma dan cara berbayar. Tergantung kepada Anda. Saran saya adalah buat kedua-duanya.

Untuk produk fizikal Anda boleh cari di:

  • Shopee
  • Lazada

Buka servis fotografi dan videografer

Ini adalah idea bisnes bagi Anda yang mempunyai kemahiran dan peralatan asas seperti kamera DSLR.

Buat kajian di internet servis apa yang banyak permintaan. Mulai dari apa yang ada dulu. Jangan tunggu semua ada baru mula.

Jual kek dari rumah

Jika Anda mempunyai kemahiran buat kek dan kuih-muih maka bisnes ini sesuai untuk Anda. Mulai dari apa yang ada dan Anda tahu dulu.

Promosikan di sekeliling rumah Anda pun sudah cukup baik untuk di awal. Jika berjalan dengan lancar maka Anda boleh mengambil langkah untuk mempromosikan menggunakan iklan berbayar seperti Facebook Ads atau Google Ads.

Jual kepakaran Anda di Fiverr

Jangan sia-siakan bakat Anda.

Jana pendapatan dengan menjual kepakaran Anda di Fiverr. Sebagai contoh Anda seorang penasihat kewangan. Anda boleh menawarkan servis nasihat kewangan di Fiverr.

Untuk di awal, saya sarankan untuk pasang harga 5$ terlebih dahulu. Jika Anda sudah naik level baru naikkan harga servis Anda. Dan ingat selalu overdeliver kepada pelanggan Anda.

Pendaftaran adalah percuma. Anda hanya perlu setting profile dan mulai post Gig dan sudah siap untuk terima order.

Buka servis bina laman web

Tahukah Anda harga servis untuk membina website adalah sekitar RM350-RM1,500. (berbeza-beza tergantung pemilik)

Semakin ke sini, orang semakin menyadari website adalah aset digital. Di sinilah peluang untuk Anda boleh menjana pendapatan dengan membuka servis bina laman web.

Jual barang-barang terpakai

Kita lebih kenal dengan istilah ‘bundle’.

Anda boleh mengumpulkan barang-barang terpakai dan menjualnya secara online seperti Mudah.my.

Buat dan jual ebook dan video panduan

Ini yang saya paling saya sukai, menjual produk digital.

Baca Juga: 5 Kelebihan Produk Digital

Dengan produk digital, Anda hanya buat sekali dan jual berkali-kali.

Selain dari itu, keuntungan 100% milik Anda.

Bayangkan jika Anda jual sebuah produk digital berharga RM29 dan terjadi penjualan 79 unit dalam sebulan.

Itu sudah RM2291 dan ini baru 1 produk bagaimana kalau Anda mampu menjualnya 2-3 produk dalam sebulan.

Itu sebabnya jika Anda ingin belajar membina sebuah digital lifestyle business Anda boleh belajar di sini, ianya percuma.

Demikianlah 15 idea bisnes dari rumah yang boleh Anda jalankan secepatnya. Jika ada pertanyaan sila tinggalkan di bahagian komen di bawah.

Semoga bermanfaat.

 

 

Leave a Comment