[The Truth] 6 Cara Untuk Berjaya Dalam Bisnes Online

Berdasarkan pengalaman saya, sebahagian besar orang yang terjun dalam bisnes online itu gagal. Kenapa?

Banyak faktor. Kabar baiknya pada post kali ini saya ingin berkongsi murni dari pengalaman saya 6 cara untuk berjaya dalam bisnes online.

Jika perlu Anda catat silakan. Saya sangat percaya ketika kita belajar dari kesilapan orang lain kita dapat menjimatkan masa dan tenaga kita lebih banyak.

Cara Untuk Berjaya Dalam Bisnes Online

Sudah siap?

Mari kita mula.

1.Mindset

Ini adalah yang paling utama. Ini adalah kunci yang paling penting dalam kejayaan Anda.

Jika mindset Anda masih mindset ‘mahu semua percuma’ atau ‘mahu dapat hasil instant’, maka saya yakin Anda pasti akan susah untuk berjaya dalam bisnes.

Kenapa?

Cara berfikir Anda masih terikat masih dalam sistem OS yang lama.

Untuk menjadi seorang usahawan atau internet marketer yang berjaya kita harus memiliki mindset fokus dan tekun.

Fokus di sini saya maksudkan jangan mudah pindah-pindah bisnes sebelum berjaya di bisnes yang pertama. Buat sampai jadi terlebih dahulu.

Tekun di sini saya ertikan harus punya semangat pantang menyerah dan mencintai proses.

Orang yang tekun adalah orang yang tetap bekerja untuk mencapai goals sekalipun ada cabaran-cabaran yang terus datang. Kuncinya orang ini punya goals yang jelas itu sebabnya dia mampu untuk menjadi orang yang tekun.

Ingat.

Fokus dan tekun.

2.Goals Yang Jelas

Kita akan lebih semangat dan lebih terarah jika dalam bisnes kita ada goals yang ingin kita capai dengan jelas.

Sebagai contoh, goals saya adalah dalam 1 tahun ke depan saya ingin menghasilkan RM100,000 perbulan.

Kita breakdown lagi.

Bagaimana cara untuk dapatkan RM100,000 per bulan?

Ertinya setiap bulan saya perlu hasilkan jualan sebanyak RM8,333 selama 12 bulan.

Kita breakdown lagi.

Setiap hari saya perlu hasilkan jualan sebanyak RM277.

Setelah sampai di tahap ini kita akan sampai di part untuk menentukan harga jual produk kita.

Apakah mungkin untuk dapatkan RM277 setiap hari?

Sangat mungkin jika Anda tahu langkahnya.

Caranya adalah dengan Massive Advertising.

Saya letak video di bawah supaya Anda lebih faham.

3.Mentor

Inilah kesalahan terbesar saya sewaktu memulai dulu (2009) iaitu saya tidak mempunyai seorang mentor.

Jika Anda ingin lebih cepat untuk berjaya Anda harus punya seorang mentor.

Mentor adalah seseorang yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam satu bidang tertentu.

Dalam hal ini seorang mentor bisnes.

Ada banyak mentor bisnes hari-hari ini. Pilih satu dan belajar lah dari mereka. Dengan adanya mentor Anda dapat:

  • Bertanya ketika bingung harus buat dan mulai dari mana
  • Meminta nasihat
  • Dan bermacam manfaat lainnya

Baca Juga: 2 Tips Memilih Mentor Bisnes (Usahawan Wajip Baca)

4.Rancang Kerja Harian

Ini adalah hal yang penting.

Supaya kita lebih produktif kita harus merancang apa yang akan kita lakukan setiap hari dengan membuat to do list.

Tips dari saya, utamakan pekerjaan yang paling berat di awal hari setelah itu barulah hal-hal yang mudah.

Susun rancangan kerja harian ini setidaknya sebulan sebelumnya.

Dan yang paling penting jangan tunda pekerjaan.

5.Buat Penilaian Di Akhir Bulan

Dalam bisnes kita harus melakukan evaluation setiap bulan tergantung model bisnes.

Apa yang works.

Apa yang tidak works.

Bagaimana cara untuk tingkatkan sales, reach dan visibility?

Di sini saat kita menambahkan langkah-langkah untuk memperbaiki kekurangan dari bulan-bulan yang sudah berlalu.

Supaya hasilnya lebih efektif Anda boleh share evaluation ini kepada mentor. Mereka akan memberikan insight-insight yang bernas dan berguna bagi bisnes Anda.

6.Networking

Antara cara lain untuk berjaya dalam bisnes online adalah dengan networking. Membina hubungan antara sesama usahawan.

Ikuti webinar-webinar online atau meeting yang berkaitan dengan bisnes Anda. Dari sana Anda dapat berkenalan dengan orang-orang mempunyai minat yang sama dengan Anda.

 

Kesimpulan

Itulah 6 cara untuk berjaya dalam bisnes online berdasarkan pengalaman saya. Ingat Anda tidak akan berjaya jika hanya membaca tapi ACTION lah yang akan membawa Anda kepada kejayaan.

Lakukan catatan dan buat apa yang perlu Anda lakukan secepatnya jangan menunda.

Menurut Anda mana satu point yang paling penting? Komen di bawah.

Leave a Comment