7 Cara Promosi Produk atau Servis Tanpa Harus Pening

Sebaik apa pun produk ataupun servis Anda, akan sia-sia jika Anda tidak tahu cara untuk mempromosikannya. Pada artikel kali ini saya akan kongsikan kepada Anda 7 cara promosi produk baik itu fizikal, digital atau apapun secara online.

Tonton versi video di sini:

Facebook, Instagram & WhatsApp status

Jangan meremehkan status untuk penjualan. Dengan mempromosikan produk di status semua orang yang berkawan dengan Anda akan melihat produk Anda tanpa perlu mengeluarkan biaya iklan satu sen pun.

Kuncinya adalah, jangan buat status yang menjual produk terus tapi buat status berupa tips, panduan atau apa pun yang bermanfaat bagi orang. Setelah 2-3 kali update status tips barulah status ke 4 buat status jual. Sebaiknya menggunakan copywriting yang soft selling.

Tunjukkan manfaat yang akan di dapat oleh orang ketika mereka membeli produk Anda. Sebab ingat, orang beli sebuah produk itu bukan hanya demi semata produknya tetapi transformasi.

Sebagai contoh, jika Anda menjual ubat kutu kepala. Buatlah copywriting seperti:

Tidak ada lagi gatal-gatal di kepala dalam waktu 3 hari

Tekankan manfaat yang didapatkan orang ketika mereka membeli produk Anda.

Media Buying

Menurut Vertical Rail, media buying adalah proses untuk membeli slot pengiklanan di website, televisyen, radio dan lain-lain.

Untuk penjelasan yang lebih mudah, Anda mempromosikan produk Anda dalam bentuk banner di website-website yang mempunyai peringkat 1 di Google. Dalam banner itu, Anda meletakkan link ke halaman web produk Anda.

Dengan harapan ketika Anda mempromosikan produk Anda di website yang mempunyai trafik yang besar, orang akan klik banner yang Anda pasang dan dari sanalah Anda boleh mendapatkan trafik.

Buat Website

Tidak dapat dinafikan sebuah website yang mempunyai struktur SEO on page dan off page yang baik boleh mendapatkan ribuan bahkan jutaan trafik dalam sehari.

Itu sebabnya untuk mempromosikan apapun yang Anda jual, buat satu website dan tulis artikel berkaitan dengan topik Anda. Pastikan semua setting websitenya sudah di set dengan baik.

Saya menyarankan untuk WordPress. Untuk itu Anda memerlukan domain dan hosting. Saya menggunakan hosting dari Jimat Hosting.

Sebelum menulis artikel lakukan kajian kata kunci terlebih dahulu. Ini bertujuan untuk memastikan artikel yang Anda tulis itu ada yang cari. Untuk itu saya syorkan menggunakan Uber Suggest.

Dalam hal SEO sendiri, untuk website-website baru pilihlah keyword yang mempunyai carian yang tinggi tetapi persaingan di keyword itu mudah atau sedang. Saya biasanya mencari long tail keyword ketika memulai website baru.

Jalankan Iklan Google Ads

Sebelum jalankan iklan, kenal pasti apa yang ingin objektif pengiklanan yang ingin Anda capai. Jika Anda ingin menaikkan view di channel maka gunakan Google Ads seperti Discovery Ads.

Jika Anda ingin mengumpulkan database emel, gunakan iklan jenis Google Search.

Untuk di awal, saya sarankan mulai dengan modal yang kecil serendah RM5-RM10. Ketika sudah memasuki fasa scaling baru naikkan modal.

Buat Youtube Channel

Promosikan produk Anda di You Tube channel.

Ini adalah emas. Selain dari mempromosikan produk Anda sendiri Anda juga boleh mendapatkan pendapatan melalui iklan.

Untuk itu, di awal buat video yang bermanfaat bagi penonton. Buat Call To Action yang jelas bagi penonton, seperti arahkan mereka untuk klik link di description atau untuk Subscribe.

Setelah channel Anda sudah diterima Google Adsense, barulah mulai mempromosikan produk yang ingin Anda jual.

Jadi Anda mendapatkan 2 income sekaligus.

Bestkan?

Untuk hal-hal teknikal gunakan logo yang jelas dan sesuai dengan topik Anda.

Gunakan tajuk, deskripsi dan tags video yang betul.

Saya menyarankan untuk menggunakan Tube Buddy untuk memudahkan Anda mencari tags yang sesuai bagi video Anda.

Usahakan untuk merakam audio yang jelas, saya sendiri menggunakan USB mikrofon tanpa perlu membeli M-Audio atau Sound Card.

Lebih praktikal.

Jalankan iklan Facebook Ads

Untuk mempromosikan produk Anda juga boleh menjalankan iklan di Facebook. Tentukan objektif terlebih dahulu sebelum menjalankan sebarang iklan.

Untuk mendapatkan engagement gunakan iklan dengan objektif page post engagement.

Untuk mendapatkan leads gunakan iklan dengan objektif trafik kemudian conversion.

Anda kena sabar dan berani untuk bakar duit terlebih dulu untuk mendapatkan data. Itu adalah cara untuk mendapatkan winning campaign.

Bagaimana kalau Anda baru mulai dan tidak tahu untuk buat iklan FB Ads?

Mudah.

Hire profesional advertiser. Di sini, Anda membayar sejumlah wang kepada tukang buat iklan untuk membantu setting iklan FB Ads bagi produk Anda.

Kelemahannya adalah kena ada bajet yang besar kalau dengan cara ini, tapi in return Anda boleh mendapatkan trafik yang berkualiti tanpa harus setting iklan sendiri.

Promosikan di Instagram

Ini adalah cara favourite saya dari dulu.

Kenapa?

Percuma dan mempunyai trafik yang besar.

Buatlah satu akaun Instagram untuk produk Anda.

Kejar untuk 10.000 post di akaun Instagram.

Gunakan hashtag dengan benar, secara peribadi saya menggunakan 15-20.

Untuk akaun yang mempunyai follower di bawah 10.000 follower guna carian hashtag di bawah 20.000.

Ini bertujuan untuk mendominasi hashtag-hashtag kecil. Setelah akaun Anda sudah mempunyai atas 10.000 followers baru gunakan hashtag yang besar.

Untuk menaikkan followers Anda perlu waktu. Jangan cepat panik jika post-post Anda belum banyak interaksi sangat normal bagi akaun Instagram baru.

Beberapa strategi yang saya peribadi gunakan, jangan post gambar produk Anda di awal bermula.

Lalu apa yang harus di post?

Post info, tips, trik atau panduan mengenai produk yang akan Anda jual dan gunakan hashtag yang relevan.

Pastikan jangan gunakan hashtag yang sama berulang-kali.

Untuk menjual saya sarankan Anda meletakkan link produk di bio atau di story.

Sesekali buat live. Ini bertujuan untuk membina hubungan dan kepercaya followers kepada Anda.

Balas komen dan dm dari followers.

Dan salah satu cara yang paling powerful untuk melonjakkan followers dan jualan produk adalah dengan paid to promote.

Dengan cara ini Anda mencari orang-orang yang mempunyai ramai followers, biasanya mereka dipanggil dengan sebutan influencer.

Anda berhubung dengan mereka dan katakan yang Anda ingin mempromosikan produk Anda di akaun Instagram mereka.

Biasanya rate berbeza-beza mengikut akaun Instagram.

Itulah 7 cara untuk mempromosikan produk secara online. Mana yang patut Anda pilih dan jalankan?

Sesuaikan dengan produk yang Anda jual.

Semoga artikel ini bermanfaat bagi Anda.

Jika ada sebarang soalan, sila post di bahagian komen di bawah.

 

 

Leave a Comment