2 Tips Memilih Mentor Bisnes (Usahawan Wajip Baca)

Setiap orang yang berjaya pasti memiliki seorang mentor.

Mentor adalah seseorang yang mempunyai kepakaran dan kemampuan di dalam bidangnya. Setiap orang yang ingin berjaya di semua aspek kehidupan harus memiliki seorang mentor.

Apa kelebihan jika kita mempunyai seorang mentor?

  • Kita dapat bertanya, meminta konfirmasi dan dorongan secara personal
  • Mentor akan selalu follow up keadaan kita sehingga kita selalu on track
  • Mentor akan menunjukkan jalan dan keputusan yang betul

Untuk memilih mentor kita juga perlu berhati-hati.

Saya pernah berguru dengan seseorang yang mengajarkan bagaimana jana pendapatan dengan Adsense, harga mentoringnya pada waktu itu sekitar RM2,000 lebih.

Singkat cerita, saya ikut semua yang diajar.

Hari pertama, pendapatan meroket.

Hari kedua, pendapatan stabil.

Hari ketiga, akaun saya di banned. Hilang semua pendapatan sekelip mata.

Pengajarannya adalah pilih mentor yang betul.

Ini dia 3 cara memilih mentor:

Cari informasi tentang mentor

Apakah mentor tersebut mempunyai website official, akaun sosial media yang aktif?

Jika ya, cuba untuk membaca di bahagian About.

Cuba untuk connect di Facebook ataupun di Instagram.

Berkomunikasilah dengan baik dan sopan. Bangun hubungan secara perlahan.

Bergabung dalam komuniti percuma milik mentor

Jika mentor tersebut mempunyai komuniti percuma seperti Facebook Group atau Telegram Channel, cubalah untuk bergabung di sana.

Ikuti secara perlahan-lahan sebelum memutuskan untuk mengikuti program mentoring dari si mentor.

Menurut Anda apakah penting mempunyai seorang mentor? Komen di bawah.

Leave a Comment