Cara Memulai Bisnes Online dari 0 [Lengkap]

Pertanyaan yang paling ditanya orang ramai sejak dari dulu sampai sekarang adalah, macam mana cara memulai bisnes online? Macam mana nak berjaya dalam bisnes online? Apa jenis bisnes online yang paling menguntungkan?

Dan jawapan-jawapan atas pertanyaan ini pada umumnya adalah:

“..buat website”

“..harus beli tools yang powerfull”

“..Dropship.. Affiliate marketing..”

Memang jawapan-jawapan di atas adalah benar tetapi menurut pengalaman saya jika kita memulai bisnes online atau apapun bisnes dengan hal-hal yang di atas maka kita tidak akan bertahan lama dalam bisnes.

Hal yang paling penting sebelum memulai apapun bisnes kita harus mempunyai mindset yang benar yaitu:

  1. Tekun

Ketika menghadapi masalah dalam bisnes, Anda harus tekun berusaha. Pastinya akan ada orang yang akan mengejek Anda tidak senang dengan Anda ataupun masalah-masalah lain tetapi Anda harus tekun. Tidak ada kata gagal yang Ada hanya kata berjaya.

2. Fokus

Fokus pada satu model bisnes sahaja di awal. Contohnya ketika Anda fokus nak berjualan di Shopee, maka Anda akan fokus untuk belajar secara detail macam mana nak pilih produk yang baik, macam mana nak cari supplier yang fast respon, macam mana nak closing via chat, macam mana nak guna ads dan macam-macam lainnya. Stay focus!

Kenapa Harus Bisnes Online

  1. Bisnes online itu boleh dimulai dengan modal yang sangat rendah

Faktanya, saya memulai bisnes online dengan modal laptop dan talian internet melalui sebuah blogspot yang percuma dan berjaya mendapatkan komisyen yang pertama dari blog.

Jika anda serius ingin membina sebuah bisnes online yang berjaya mulailah dari apa yang anda miliki hari ini. Dengan cara yang percuma pun sebenarnya anda boleh menjana pendapatan.

2. Bisnes online itu boleh dijalankan dari mana sahaja

Ini adalah keindahan dari bisnes online yang paling saya sukai. Anda boleh mengakses bisnes anda bila-bila masa sahaja asalkan mempunyai talian internet.

3. Bisnes online adalah masa depan

Pada zaman ini hampir semua orang berbelanja melalui online. Kemunculan marketplace seperti Shopee & Lazada membuatkan orang mudah untuk berbelanja. Ini menunjukkan bahawa potensi dan peluang bisnes ada di sana.

4. Bisnes online boleh memberikan pendapatan yang lumayan

Bisnes online boleh memberikan pendapatan yang tidak terbatas kepada anda setiap saat! Masalahnya ramai orang yang masih tidak sedar peluang ini. Dan ini bukan salah mereka. Mereka hanya belum tahu caranya.

Jenis-Jenis Bisnes Online di Tahun 2020

Pada zaman ini ada begitu banyak jenis bisnes online yang boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan. Dan atas hal itu juga membuat banyak orang bingung nak pilih yang mana. Adapun jenis-jenis bisnes online yaitu:

  1. Affiliate Marketing
  2. You Tuber
  3. Menjual Digital Produk
  4. Dropship

Jangan risau saya akan jelaskan satu per satu..

Affiliate Marketing

Sebagai seorang affiliate marketer, tugas Anda adalah mempromosikan barang milik orang lain kepada pembeli. Jika terjadi pembelian maka Anda akan mendapatkan komisyen. 

Produk yang Anda jual boleh dalam bentuk digital(ebook, audio, software) ataupun fizikal. Anda boleh layari Klikjer.com untuk mencari produk digital untuk pasaran Malaysia.

Untuk produk luar negara anda boleh layari Jvzoo.com atau Clickbank.com. Setiap produk menawarkan jumlah komisyen yang berlainan.

Keuntungan sebagai seorang Affiliate Marketer:

  • Tidak perlu buat produk sendiri
  • Tidak sibuk mengurus penghantaran barang kerana ianya berbentuk digital
  • Komisyen yang tinggi jika Anda fokus di market US
  • Pendapatan yang konsisten jika anda punya database email yang cukup besar

Kelemahan sebagai seorang Affiliate Marketer:

  • Jika Anda tidak membangun customer based atau email list, maka Anda akan kehilangan banyak sales di masa depan, harus mulai dari awal lagi setiap kali ingin menjual sebuah produk
  • Memerlukan keahlian dalam copywriting dan keahlian yang teknikal seperti membuat landing page, install autoresponder dan lain-lain

Cara Mulai: Affiliate

  1. Kenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh bakal pembeli.
  2. Tentukan produk yang ingin anda jual. Layari Klikjer.com untuk mencari produk apa yang ingin anda jual.
  3. Buat landing page untuk start kumpul list. Anda boleh menggunakan Unbounce, Clickfunnels dan lain-lain. Pastikan dalam landing page itu anda menyiapkan column untuk mereka isi nama dan email. Ini contoh landing page.
  4. Siapkan sistem autoresponder untuk menyimpan database email pelanggan anda. Anda boleh menggunakan autoresponder seperti Aweber atau Getresponse. Integratedkan kod autoresponder anda di landing page. Tulis beberapa emel follow up untuk mempromosikan produk affiliate yang akan anda jual. Sebelum menjual kongsikan tips yang berguna bagi pembaca untuk bagi value setelah itu baru lah menjual. Ingat value comes first!
  5. Setelah semua sudah set-up mulai promosikan landing page anda. Antara alternatif yang boleh anda gunakan adalah dengan menggunakan Facebook Ads, Youtube Ads ataupun Google Ads. Pilih satu dan fokus. 

You Tuber

Di atas adalah salah satu channel saya yang mentarget orang-orang di America saat ini hanya dengan 4,000+ subscriber. Pendapatan iklan anda biasanya lebih tinggi. CPM boleh mencapai 3.41$. Per seribu tayang anda boleh dibayar sebanyak 3.41$. Dahsyat.

Jika anda ingin memilih model bisnes ini anda harus:

  1. Membuat video yang original
  2. Rancang jadual upload
  3. Gunakan tajuk video yang menarik perhatian & relevan
  4. Gunakan tags yang relevan (tools recommend: Tubebuddy atau Vidiq)
  5. Banyak menonton video orang lain yang sama niche dengan anda untuk mencari idea
  6. Jangan membuat video yang berunsur keganasan

jadi-youtuber

Pendapatan Anda adalah melalui iklan Google Adsense. Apabila ada orang mengklik iklan di video Anda maka Anda akan memperoleh pendapatan. Anda harus memenuhi syarat dari You Tube untuk membolehkan channel anda menjana pendapatan iaitu harus mencapai 1,000 subscriber & memiliki 4,000 jam tayang dalam waktu 12 bulan. Setelah anda memenuhi syarat tersebut anda boleh memohon untuk menyertai program Adsense. Anda akan menerima surat seperti ini ketika channel berjaya diterima.

Selain daripada iklan sebenarnya ada banyak cara lain lagi untuk menjana pendapatan seperti:

  1. Jual barang fizikal
  2. Jual produk affiliate – Anda buat review tentang produk yang ingin dan letak link affiliate di bahagian description
  3. Sponsor video – Orang lain membayar anda ketika anda buat video tentang produk atau servis mereka

Keuntungan menjadi You Tuber:

  • Boleh jadi artis yang ramai fans!
  • Pendapatan USD yang tentunya sangat lumayan
  • Pendapatan berjalan setiap masa selagi ada orang yang menonton dan klik iklan Anda 24 jam
  • Multiple sources of income

Kelemahan menjadi You Tuber:

  • Anda harus konsisten membuat content setiap hari
  • Sedih kecewa patah hati jika account AdSense kena banned
  • Peraturan You Tube yang semakin ketat

Cara Mulai: You Tuber

  1. Pilih niche atau topik channel anda. Contoh: Gaming, Memasak, Memancing. Mulai dari apa yang anda sukai.
  2. Buat satu email khas untuk channel You Tube anda.
  3. Buat satu browser yang khas hanya untuk log in channel You Tube anda. Ingat, jangan log in channel You Tube dalam satu browser yang sama. Ini adalah tujuan untuk keselamatan channel anda.
  4. Upload gambar profile dan cover youtube yang menarik.
  5. Setting channel. Setkan negara ke target channel anda. Masukkan keyword channel yang sesuai.
  6. Start buat video. Ingat content video sebaiknya jangan ada unsur keganasan atau darah sebab You Tube sekarang sangat strict dengan regulations tontonan untuk anak. Video anda boleh saja dipublish tapi kemungkinan tidak dapat dimonetize.
  7. Promosikan channel anda dengan cara yang baik di media sosial. Gunakan You Tube Ads untuk meroketkan views dan subscriber.
  8. Konsisten!

Menjual Digital Produk

Gambar di atas saya bersama Mr Peng Joon. Beliau adalah seorang internet marketer dunia yang memenangi kontes affiliate buku dari Mr Russell Brunson tahun 2019 lalu mengalahkan para otai-otai dunia yang sudah lama. Beliau bermula dari menjual produk digital seharga 7$ sampai hari ini aktif dalam menjual produk digital serta event-event live berkaitan bisnes online.

Yang saya cuba sampaikan di sini adalah di tahun 2020 adalah tahun digital. Di mana semakin ramai orang mengakses internet. Ertinya potensi pendapatan itu juga semakin besar!

Apa yang boleh anda jual?

Anda boleh menjual produk yang berkaitan dengan kepakaran anda. Untuk membuka fikiran anda sila layari ke klikjer.com untuk melihat produk-produk digital yang sudah dijual secara online.

Sebagai contoh anda adalah seorang guru. Anda boleh menghasilkan sebuah video panduan untuk belajar matematik dengan teknik A.

Selain dari itu, anda boleh menghasilkan produk digital berdasarkan masalah yang terjadi di sekeliling. Kalau anda belum ada idea untuk buat produk digital sendiri anda boleh menjual produk orang lain dengan menjadi affiliate. Ataupun anda bekerjasama dengan orang yang memiliki kepakaran untuk menghasilkan produk digital jadi tugas anda hanya di part promosi sahaja. Smart!

Keuntungan sebagai product owner digital:

  • Anda bebas menetapkan harga jual
  • Pendapatan tanpa batas kerana product berbentuk digital
  • Mudah untuk meng-automate bisnes anda dengan system
  • Tidak perlu urus barang untuk dihantar
  • Tidak perlu simpan stok barang

Kelemahan menjadi product owner:

  • Anda harus membuat product sendiri
  • Harus mempunyai keahlian teknikal

Cara Mulai: Menjual Digital Produk

  1. Siapkan hal-hal yang berikut:
  • Website personal seperti ini
  • Instagram personal
  • Facebook personal
  • Fanpage personal
  • Youtube personal

Siapkan kesemua hal ini untuk tujuan bisnes, jangan campur dengan konten-konten yang tidak berkaitan dengan bisnes. Ini sangat penting untuk membangun personal branding & kepercayaan. Manfaatkan semua media sosial untuk membina kredibiliti anda. Tidak kira apapun produk yang anda jual.

  1. Buat landing page (rujuk part affiliate di atas)
  2. Set up sistem autoresponder dan connect kan dengan landing page
  3. Dalam sistem autoresponder itu tulis dan susun emel series secara berurutan untuk mempromosikan produk anda. Sebagai contoh di emel yang pertama, anda welcome mereka dengan memberikan salam. Dalam emel yang seterusnya anda tulis emel yang berisi cerita atau pengalaman anda yang berguna bagi mereka. Di emel yang seterusnya anda boleh start untuk mempromosikan produk digital anda
  4. Promosikan landing page anda ke semua media sosial yang anda gunakan. Manfaatkan Facebook Ads & Google Ads untuk dapatkan leads yang tertarget
  5. Ingat berikan perkongsian yang berguna di dalam emel jangan asyik menjual saja. Berinteraksi lah dengan mereka. Fahami keperluan mereka masalah mereka dari sana anda mungkin akan dapat insight baru apa yang mereka perlukan.

Dropship

droship

Steve & Evan Tan atau biasa dipanggil Super Tan Brothers memiliki pencapaian pendapatan sehingga 8 digit dalam industri e-commerce.

Salah satu rekod yang dahsyat adalah ketika store mereka berjaya menjana pendapatan sebanyak $360,000 dalam satu hari. Itu setara dengan RM1,490,940! Ini menunjukkan potensi yang besar dalam dunia e-commerce.

Dropship ialah model bisnes yang boleh dilakukan dengan modal yang sangat rendah di awal. Ketika pembeli membeli barang daripada anda sebagai penjual anda akan menempah barang itu kepada pembekal. Anda berikan alamat kepada pembekal. Dari sana pembekal akan menghantar barang tempahan tersebut kepada pembeli.

Soalan yang kerap ditanya adalah: Nak jual apa?

Jawapannya adalah anda harus melakukan kajian produk. Salah satu punca kegagalan orang dalam menjalankan bisnes ini adalah kerana mereka terlalu syok sendiri dengan produk mereka sendiri.

Cara saya melakukan kajian produk adalah dengan Shopee. Caranya masuk ke bahagian Seller Center Shopee dan klik ke My Ads. Dari sana iklankan salah satu produk anda untuk masuk ke halaman Add Keywords. Dari sana masukkan produk yang ingin anda jual. 

Hasil di dashboard menunjukkan dalam sebulan carian ‘baju kurung’ dicari sebanyak 323756 kali. Ini menunjukkan produk baju kurung mempunyai permintaan dan dicari orang.

Inilah yang harus anda pastikan di awal. Pastikan barang yang anda jual itu mempunyai permintaan. Setelah anda melewati fasa ini barulah rancang untuk menjual di platform mana sama ada itu Shopee, Lazada, Facebook, Instagram dan lain-lain.

Keuntungan sebagai dropshipper:

  • Anda tidak perlu stok barang
  • Tidak memerlukan modal yang besar di awal
  • Tidak perlu sewa premis perniagaan

Kelemahan sebagai Dropshipper:

  • Stok barang yang tidak menentu dari pembekal
  • Perang harga dengan penjual lain

Cara Mulai: Dropship

  1. Tentukan anda ingin jual apa. Masuk ke Shopee atau Lazada untuk melihat barang yang paling banyak terjual (top sales).
  2. Cari pembekal yang ingin membuka program dropship.
  3. Buat kedai di Shopee (pendaftaran percuma). Setting kedai.
  4. Upload barang jualan di Shopee. Pastikan gambar produk mempunyai watermark atau logo kedai supaya nampak lebih dipercaya. Harga di awal jangan terlalu mahal.
  5. Iklankan barang dengan Shopee Ads. Di awal fokus untuk dapatkan rating. Untung kecil tidak mengapa, fokus untuk bina rating. Setelah mendapatkan rating baru mulai naikkan harga barang secara bertahap.
  6. Bina kedai lain lagi dengan langkah seperti di atas.

Cara Memilih Bisnes Online Yang Tepat

Ini adalah hal yang paling penting bagi setiap orang yang ingin menjalankan bisnes online. 

Semuanya dimulai dengan PASSION.

“Passion boleh diertikan sebuah perasaan atau emosi terhadap suatu hal yang membuat  seseorang sangat bertenaga dalam melakukannya”

Mr Peng Joon berkata dalam interview dengan beliau, untuk memilih bisnes online anda harus mulai dengan mempertanyakan apa yang anda sukai. (tonton videonya di sini)

Apa yang menjadi passion anda?

Dalam kata lain passion adalah hal yang paling Anda suka lakukan secara terus menerus. Passion saya sejak tahun 2009 mengenal online bisnes adalah Digital Marketing. Inilah yang saya minati. Seandainya boleh bercerita dengan Anda saya boleh menghabiskan masa satu hari membahas tentang digital marketing. Mengapa? 

Inilah passion saya. Passion saya ini saya salurkan dengan menulis ebook yang sedang Anda baca ini salah satunya untuk membantu orang-orang yang ingin memulai bisnes online. Jadi saya memilih model bisnes menjual produk digital. Kenapa? Kerana ianya adalah passion saya.

Sila baca kembali jenis-jenis bisnes online di atas jika anda masih tidak faham. Sebagai kesimpulan pilihlah bisnes online yang anda sukai dan sesuai dengan waktu anda. Jangan memilih bisnes online semata-mata hanya kerana anda melihat screenshoot pendapatan orang lain. Keadaan ini tidak akan bertahan lama. Pilihlah model bisnes yang anda minati. Dan yang paling penting Action.

Cara Mempromosikan Bisnes

  1. Cara Percuma

Ini adalah caranya yang sangat mudah untuk dijalankan dan sangat sesuai bagi anda yang baru berjinak dalam mempromosikan bisnes secara online. 

Instagram. Buat satu akaun instagram personal anda untuk tujuan bisnes. Isi biodata dengan lengkap dan jelas. Letakkan link menuju ke website atau ke media sosial anda yang lainnya.

Dalam Instagram anda boleh menjana trafik yang sangat besar dengan percuma. Caranya adalah anda harus post content (video atau gambar) yang relevan dengan target market anda secara berkala. Kongsikan tips yang bermanfaat dan jangan lupa untuk follow orang-orang yang sesuai dengan target market anda. Saya menggunakan tools virol ini untuk membina followers di instagram. Sila baca di sini untuk lebih lengkap. Trafik dari instagram ini boleh anda hantar sama ada ke website personal anda atau ke media sosial yang lainnya. Setelah followers anda sudah terbina barulah start untuk promosi. 

You Tube. You Tube adalah video sharing platform. Selain untuk personal branding anda juga boleh mempromosikan bisnes anda di You Tube. Buatlah sebuah channel You Tube yang berkaitan dengan bisnes anda.

Di awal pastikan anda banyak berkongsi tips yang bermanfaat bagi penonton. The more you give the more you get! Fokus pada hal ini terlebih dulu di awal. Setelah subscriber anda sudah terbina barulah anda boleh start mempromosikan produk anda secara soft selling dan ianya adalah PERCUMA!

Website. Buat website yang berkaitan dengan produk yang ingin anda jual dengan interface yang simple dan mudah dibaca. Untuk di awal tulislah content-content yang yang berbentuk tips atau pun panduan.

Anda wajip mempelajari ilmu SEO (search engine optimization) untuk membina sebuah website yang mampu mendatangkan trafik secara percuma. Sebelum menulis apa-apa post pastikan anda melakukan kajian kata kunci.

Caranya sangat mudah sila layari ke Google Trends dan search tajuk content yang ingin anda tulis. Lihat graf apakah menaik atau menurun. Jika menaik ertinya ada orang yang mencari mengenai topik itu dan anda boleh meneruskan untuk menulis content tersebut. Selitkan produk jualan anda di post-post yang berkaitan untuk promosi secara soft selling.

2. Cara Berbayar

Facebook Ads. Facebook menyediakan features pengiklanan untuk pengiklan mengiklankan produk mereka. Jadi anda boleh mempromosikan produk anda kepada orang-orang yang ada di dalam Facebook. Yang hebat iklan Facebook ini anda boleh target orang-orang yang spesifik. Sebagai contoh:

Guru yang berumur 35-40, tinggal di Cheras, menyukai hal tentang bisnes

Anda boleh mentarget dan menjual kepada orang yang sangat tertarget. Hal ini akan memudahkan bagi anda untuk close sales. Tentunya untuk beriklan anda harus menyediakan modal terendah RM5.00 sehari.

Konsep ketika beriklan adalah anda harus memantau apakah kos iklan yang anda keluarkan dapat menghasilkan untung atau tidak. Kalau untung teruskan iklan dan lakukan scale up. Kalau rugi dan tidak capai target hentikan iklan dan buat yang baru.

Scale Up

Andaikan bisnes online yang anda jalankan sekarang sudah berjaya dan mampu meraih pendapatan yang lumayan setiap bulan. Dengan bisnes ini anda sudah mempunyai saving khas untuk bisnes.

Pada tahap ini, untuk melakukan scalling up atau membesarkan bisnes online anda yang boleh anda lakukan adalah:

  1. Lakukan upgrade pada bisnes yang sedia ada. Contoh: Invest lebih banyak wang untuk membesarkan database, mengupah freelancer untuk membaiki website atau lain-lain.
  2. Buat bisnes online yang baru.

Mungkin anda berkata, macam mana nak urus banyak bisnes online sekaligus? Mudah.

Pada tahap ini, tentunya anda sudah mampu hire orang untuk buat bisnes yang baru. Mula secara bertahap di awal hire 1 orang dulu untuk mulakan pantau dalam 2-3 bulan jika menguntungkan hire 1-2 lagi untuk membantu. Inilah yang dilakukan oleh start-up company gergasi di luar sana. Simple as that.

Kesimpulan

Berbagi itu indah. Saya sendiri memiliki visi peribadi untuk menginspirasi dan membantu 1,000 orang usahawan untuk mendapatkan pendapatan melalui bisnes online yang tahan lama.

Tujuan akhirnya adalah membantu orang-orang kita untuk semakin maju dan sejahtera. Jikalau saya boleh meminta bantuan Anda, Anda boleh membantu saya dengan cara:

  1. Kongsikan link blog ini di media sosial supaya sahabat dan keluarga Anda juga mendapat manfaat dari tulisan ini.
  2. Take Action.

Akhir kata, Terima Kasih. Mari kita TAKE ACTION and let’s make some money!

Leave a Comment