4 Cara Membina Lifestyle Business di Internet yang Menguntungkan

Apakah Anda pernah mendengar tentang lifestyle business? Lifestyle business merupakan salah satu jenis bisnes yang sangat popular saat ini.

Tapi seperti apa sebenarnya lifestyle business ini? Apa manfaatnya? Dan yang paling penting bagaimana cara membina sebuah lifestyle business yang anda impikan? Anda nak tahu? Mari baca sampai selesai.

Mengenal Lifestyle Business

Ditinjau dari perkataan lifestyle business itu sendiri dapat diertikan sebagai sebuah gaya hidup bisnes. Dalam kata lain, bisnes ini Anda boleh jalankan sambil menikmati gaya hidup yang Anda sukai.

Sebagai contoh, Anda suka melancong. Anda dapat menjalankan bisnes ini sambil melancong, asal ada talian internet.

Daftar Contoh Lifestyle Business Menggunakan Internet

Berikut adalah beberapa contoh lifestyle business yang boleh Anda pilih:

1. Membuat Podcast

2. Menjual Produk Digital (ebook, software & audio)

3. Menjadi Freelancer

4. Menjadi Penulis

Manfaat Lifestyle Business

Ada banyak manfaat dari lifestyle business khususnya bagi yang dijalankan secara online. Beberapa manfaatnya adalah:

1. Masa kerja yang fleksibel

Anda bebas memilih jam kerja. Tiada jam kerja seperti Anda yang sedang bekerja di bawah majikan. Jika Anda seorang Coach Anda hanya perlu set masa dengan klien sesuai dengan waktu yang Anda mahu.

2. Tidak perlu gaji pekerja

Dalam lifestyle business Anda tidak perlu gaji pekerja di awal. Ini akan sangat menolong untuk menjimatkan kos bagi Anda yang baru mula di awal.

3. Bebas berada di mana sahaja asal ada talian internet

Anda bebas memilih tempat kerja di mana sahaja. Di cafe, di kedai kopi, di pantai di mana pun dapat diakses asal ada talian internet.

4. Pendapatan yang sangat besar

Dengan menggunakan internet Anda dapat menjangkau pelanggan dari seluruh dunia. Ini membuka peluang untuk Anda menjual ke luar negara dan mendapatkan pendapatan yang besar dari sana.

Sebagai contoh, Anda menjual sebuah e-book di pasaran luar negara. Anda boleh mendapatkan komisyen dari 30%-70% jika terjadi penjualan dalam bentuk dollar yang tentunya akan sangat besar jika ditukarkan kepada Ringgit Malaysia.

Selain dari 4 manfaat di atas, tentunya masih banyak manfaat lain yang boleh di dapatkan dari lifestyle business ini.

4 Cara Membina Lifestyle Business

Setelah faham tentang lifestyle business serta contoh dan manfaatnya, apakah Anda tertarik untuk mewujudkannya?

Berikut merupakan cara-cara untuk membina lifestyle business yang berjaya:

  1. Fahami Hobi dan Minat Anda

Sebelum menentukan jenis bisnes yang akan Anda pilih dalam menjalankan sebuah lifestyle business, Anda harus mengenal pasti apa yang menjadi hobi dan minat Anda.

Hal ini sangat penting. Anda dapat memilih bisnes sesuai dengan hobi atau minat Anda. Sebagai contoh, saya sangat meminati bisnes online secara khususnya produk digital.

Contoh lain, hobi Anda adalah menjual produk kecantikan. Kecilkan skop produk kecantikan khususnya produk make up dan sabun muka. Kuncinya, mulai dari apa yang Anda sukai. Ok set.

2. Membina Bisnes Plan

Setelah mengenal hobi dan menetapkan bisnes Anda, maka hal seterusnya yang Anda perlu bina adalah bisnes plan. Dalam apa pun bisnes ini adalah bahagian yang penting kerana ini adalah perancangan Anda.

Dalam bisnes plan yang terdiri daripada beberapa elemen ini harus dibina dengan tersusun dan terancang. Elemen-elemen tersebut adalah:

  • Jenama bisnes Anda
  • Visi dan misi
  • Target pasar
  • Modal
  • Sales funnel
  • Cara mendatangkan pengunjung
  • Produk (fizikal, digital atau perkhidmatan)

3. Bina Personal Brand

Personal brand adalah super power Anda dalam bisnes. Personal brand membezakan Anda daripada pesaing-pesaing yang ada di pasaran. Jika personal brand Anda tidak kuat atau tidak professional maka kepercayaan pelanggan tidak akan terbina. Ingat personal brand menciptakan kepercayaan & peluang.

Personal brand itu adalah segala hal yang dapat dilihat dan dibaca oleh orang ramai kepada bisnes Anda baik. Berikut elemen-elemen dari personal brand yang penting:

  • Nama bisnes
  • Logo
  • Gambar
  • Warna
  • Jenis tulisan (font)
  • Tagline bisnes

4. Mulai Menjual Produk Anda

Langkah yang terakhir adalah mulai menjual produk Anda. Pastikan langkah-langkah yang sebelumnya sudah siap. Di sini diperlukan skill untuk mendatangkan pengunjung. Anda boleh menggunakan Facebook Ads, Google Ads ataupun dengan SEO (percuma).

Bagaimana jika Anda baru mulai? Mudah. Langkahnya adalah dengan outsource kepada Freelancer yang memiliki skill untuk mendatangkan pelanggan bagi bisnes Anda. Sangat mudah.

Inilah 4 cara membina lifestyle business di internet. Ingat Anda perlu action & action jika Anda ingin melihat hasil. Fokuslah pada satu bisnes terlebih dahulu jangan pindah-pindah. Sila SHARE artikel ini jika bermanfaat bagi Anda.

Leave a Comment