TIPS: 3 Langkah Untuk Jadi Dropship Yang Berjaya

Jangan meremehkan pendapatan seorang dropshipper.

Steve Brothers mempunyai track rekod memperoleh pendapatan 7 angka hanya dalam sebulan dan $360,000 (RM1,4 juta) hanya dengan dropship.

Luar biasa.

Anda juga mampu mencapai pendapatan yang besar jika Anda tahu caranya.

Berikut langkah-langkah untuk jadi seorang dropship yang berjaya.

Jual produk yang terbukti ada penjualan

Produk adalah yang terpenting.

Jika produk yang Anda jual tidak ada permintaan apalagi penjualan maka pasti Anda tidak akan mendapatkan penjualan.

Itu sebabnya, buat kajian pasaran.

Untuk langkah yang percuma, gunakan Google Trends. Cek trend dari produk yang akan Anda jual. Cuba cek di Facebook, Shopee atau Lazada apakah ada penjualan.

Jika Anda cukup yakin dengan produk lanjutkan ke poin yang seterusnya.

Gunakan video untuk tujuan pemasaran

Tidak dapat disangkal bahawa video itu lebih interaktif dan menarik berbanding teks.

Itu sebabnya, gunakan video untuk mempromosikan produk Anda. Jika perlu outsource kepada orang lakukan.

Tujuannya di sini adalah untuk menarik perhatian orang yang menonton iklan Anda.

Iklankan dengan media berbayar

Ada banyak pilihan untuk platform pengiklanan yang ada di internet contohnya seperti berikut:

  • Facebook Ads
  • Google Ads/You Tube Ads
  • Shopee
  • Lazada
  • Instagram Influencer
  • Solo Ads
  • Join Venture

Pilih yang mana?

Pilih sesuai dengan jenis produk Anda.

Sewaktu beriklan terus lakukan pantauan terhadap iklan Anda.

Masalanya bagaimana jika Anda masih baru dan masih tidak faham tentang cara pasang iklan?

Mudah.

Caranya adalah dengan upah professional advertiser yang ada di internet.

Pro tips: Saya selalu menggunakan servis pengiklanan dari Indonesia. Caj mereka lebih murah dan hasilnya juga sampai sekarang sangat baik. Cuba search di Google dengan kata kunci ‘Jasa Iklan Facebook Ads’. Anda hanya tinggal pilih.

Demikianlah 3 langkah untuk jadi dropshipper yang berjaya.

Menurut Anda mana satu part yang paling susah? Komen di bawah.

Leave a Comment