4 Bisnes Online Tanpa Modal yang Boleh Anda Mulakan Sekarang Juga

Jika Anda sedang mencari sebuah bisnes online tanpa modal maka Anda berada di tempat yang tepat.

Bagi sebahagian orang modal adalah sesuatu yang susah untuk didapatkan khususnya bagi yang baru berjinak dalam bisnes online. Untuk itu pilihan tepat adalah dengan memilih model bisnes yang tanpa modal.

Syaratnya cuma 2 iaitu:

  • Laptop yang mempunyai talian internet
  • Smartphone yang ada kamera

Betul hanya ini?

Ya.

Berikut adalah 5 bisnes online tanpa modal yang boleh Anda jalankan sekarang juga:

1.Jadi Youtuber

Ini bukan satu hal yang asing lagi pada zaman ini.

Dengan sebuah channel yang mempunyai view dan subscriber yang banyak tentunya boleh memberikan pendapatan yang besar setiap bulan.

Apalagi jika Anda konsisten membuat konten dan mempromosikannya dengan iklan Google Ads.

Modalnya mulai dengan apa yang di tangan Anda iaitu smartphone.

Berikut langkah-langkah praktikal yang boleh Anda buat:

  • Pilih topik channel (kesihatan, bisnes, travel dan lain-lain)
  • Buat channel You Tube
  • Setting channel You Tube dengan benar
  • Lakukan verification nombor telefon
  • Buat intro di Canva untuk dipasang di setiap video
  • Rancang idea dan konsep video
  • Buat skrip
  • Mulai shooting
  • Lakukan editing video
  • Final check
  • Upload
  • Ulang dan ulang

Antara kelemahan You Tuber yang baru mula adalah mereka mahu punya semua peralatan yang lengkap baru mereka mulai. Ini adalah hal yang kurang tepat.

Mulailah daripada apa yang ada di tangan Anda. Semakin lama Anda menunda semakin lama proses yang Anda harus lalui.

Gunakan smartphone yang ada di tangan untuk mulai shooting video.

Gunakan video editor seperti Kinemaster atau filmora untuk android atau ios.

2.Jadi Dropshipper

Yes ini adalah pilihan yang tepat jika Anda ingin cepat punya pendapatan tidak perlu stok dan hantar barang.

Untuk berjaya menjadi seorang dropshipper Anda harus:

  • Pilih produk yang punya permintaan di pasaran
  • Meletakkan harga yang sesuai
  • Mempromosikannya secara massive

Take note, mahu sebagus apa pun produk yang Anda jual takkan terjadi pembelian jika Anda tidak mempromosikannya. Itu sebabnya Anda harus menguasai skill untuk mendatangkan trafik.

Pelajari video di bawah jika Anda ingin belajar untuk mendatangkan trafik secara brutal.

3.Jual Perkhidmatan

Jika Anda mempunyai kepakaran dalam satu bidang Anda boleh menukarkannya menjadi wang dengan menjual perkhidmatan.

Contoh, jika Anda pakar dalam sales dan marketing, Anda boleh menawarkan servis digital marketing dan sebagainya.

Bina portfolio bisnes Anda secara online untuk membina trust kepada prospek Anda.

Gunakan semua media sosial yang untuk reach audience idaman Anda.

Dan ingat selalu berikan servis yang terbaik dan overdeliver. Ini akan buat pelanggan Anda repeat order. Selain daripada itu Anda juga boleh melakukan cross promotion.

Iaitu menawarkan servis lain yang berkaitan kepada pelanggan sedia ada. Tentunya ini akan meningkat pendapatan Anda.

4.Jual Produk Affiliate

Ini adalah model bisnes yang sangat mudah dijalankan jika Anda tahu caranya.

Kenapa?

Anda hanya perlu ambil link affiliate dan promosi. Hanya itu.

Jika Anda melakukan list building dengan benar Anda boleh jana pendapatan yang stabil setiap bulannya hanya dengan affiliate.

Baca Juga: Cara Kumpul Database dengan Pantas

Berikut cara yang saya lakukan dalam mempromosikan produk affiliate.

  • Buat kajian produk yang ada permintaan
  • Ambil link affiliate di website vendor produk
  • Promosikan di emel list, media sosial, WhatsApp status, You Tube channel dan website

Ingat jangan hard sell, tapi lakukan soft sell. Gunakan konsep sharing-sharing dulu baru selling.

Kesimpulan

Apapun model bisnes yang Anda pilih lakukan dua hal ini: Fokus dan Tekun. Anda harus tahu di awal bisnes apapun yang Anda geluti pasti ada cabarannya.

Berpindah-pindah hanya akan membuang waktu dan tenaga Anda. Sebaliknya belajar mencintai proses. Satu waktu Anda pasti akan merasa bosan dan ingin berhenti.

Tapi ingat mahu pilih bisnes apapun semuanya pasti punya cabarannya tersendiri. Belajarlah mencintai proses. Ketika satu bisnes Anda berjaya saya yakin Anda akan merasa bangga dan puas dengan usaha Anda.

Menurut Anda mana satu model bisnes yang paling mudah untuk dijalankan? Komen di bawah.

Leave a Comment