Play Video

Kisah saya

Nama saya Alexander Fererra.

Pada tahun 2009, semasa saya berada di asrama, saya mulai mendalami ilmu perniagaan pada masa itu apabila keluarga saya berhadapan dengan suatu masalah besar iaitu masalah kewangan. Dengan hanya berbekalkan komputer riba dan talian internet semasa persekolahan, saya mulai mencari informasi tentang cara mendapatkan ataupun menghasilkan wang dalam waktu yang cepat dan singkat.

Pelbagai jenis perniagaan dalam talian telah dicuba, pelbagai cara dan strategi juga sudah digunakan didalam menjalankan perniagaan namun semuanya gagal.

Tanpa mengenal erti kegagalan, saya terus mencuba dengan pelbagai cara.

Membeli produk panduan cara mendapatkan wang (Digital Product) dan seterusnya mempraktikkan. Hasilnya? Gagal.

Menjual telepon bimbit (Iphone) untuk beli panduan lain dan mempraktikkan. Hasilnya? Tetap gagal.

Fasa demi fasa dan kegagalan demi kegagalan yang dilalui, saya hampir putus asa.
Namun usaha tetap diteruskan.

Siang dan malam mencuba dan terus mencuba.

Pada tahun 2014, saya mengusahakan satu perniagaan dalam talian (Facebook) dimana saya menjual satu produk lelaki iaitu kasut boot dimana produk ini adalah antara produk yang menjadi trend pada waktu itu. Hasil daripada usaha yang berterusan, saya berjaya mendapatkan hasil pendapatan yang pertama dengan keuntungan sebanyak Rp 25.000 (Rm7.00)!

hadapi kegagalan

Dengan keuntungan yang dihasilkan pada tahun 2014 melalui perniagaan dalam talian (Facebook), dimana keuntungan sebanyak Rm7.00, itulah yang sebenarnya mengubah hidup saya sehingga hari ini. Jumlah yang kecil namun itulah sebenarnya titik permulaan dimana saya mengalami perubahan didalam dunia perniagaan.

Menginspirasi 1,000 orang usahawan dan membantu mereka membina perniagaan dalam talian dengan menjual produk digital yang stabil dan bertahan untuk jangka panjang adalah menjadi visi saya didalam dunia perniagaan.

Maka dengan itu, milikilah impian yang besar kerana tanpa impian anda tidak akan punya alasan untuk tetap maju. Anda berharga & anda layak untuk bahagia.

Ingat tidak ada kata gagal, yang ada hanya kata berjaya.

Alexander Fererra

You are limitless

follow me on instagram

FOLLOW ME ON

© 2020 AlexanderFererra.com